Wednesday 30 March 2011

in memories...(ms.Qaisara)

Ingin aku kongsikan sebuah pengalaman menarikku bersama rakan-rakan & masyarakat di alam persekolahan…jika Qis rata-ratanya menceritakan tentang rakan-rakan kepimpinannya…d cnie Qai ingin menceritakan betapa nikmatnya berkawan dengan semua orang..dari pelbagai umur dan macam2 kerenah…

Aku mula menghargai setiap insan yang diciptakan Tuhan mulai aku menginjak ke ‘upper form’…start f0rm 4..aku diamanahkan oleh senior untk mnjadi ketua dorm...”ketua dorm???knape sayer…kn ad org lain..” “erm…sebb ko yg plg layak!” “whoa!!!hmmm…insyaAllah..”

Organisasi dorm pon mula la diwujudkan..
Aku sbg ketua dorm…
Daom penolongku pling setia...like3!!!ha3..
Thira S/U plg rajin prna aku jumpa..
Pd mulanye..kami bertiga saje yg mrupakn pnghuni form 4 bilik uh..
Tibe2...ad sorang minah nyh msok ostel..kah7..LINA!!!!yeah..dialah orgnyer...

”Hah??form 1 da ’check in’ at dorm kiter???adoyai…leceh betol..bpe org???7org??mk datok…ramainyer”……bginilah kluhanku apbla mndpt tahu btapa ramainye dak2 form 1 yg check in bilik tuh...”ok2…kite kne rancang strategi nyh…meeting bilk mlm nyh,aftr supper!!!”

Dlm meeting uh...sbnanyer...sesaje je,kira meeting 1st la tu...suai knl..tu jer..pas uh lntik lain2 ajk....aku tngok..dak2 form 1 uh..ha9...cuak gler mke msg2...lepak la...aku bknnye jht pon...tegas jer...law nk mntrbiah dak2..kne dr awal...aku ckp cm uh ngn daom...law da naek fom 2...mmg liat la..tp alhamdulillah r dak2 form 1 bilik aku ok2 blake...tp law da naik kwang ajo nyer...mula la..daom tunjk mke x puas aty...k..kiter sttle same2...cm tu la...

Actually...dyowang nyh brcita2 nk dptkn smart dorm...ha9..mmndangkn aku prnah mrase dpt smart dorm tyme form 3...aku gune la ap yg aku taw...share ngn dyowang...yg pnting...duty jgn miss!!!law miss duty...siap la dyowang...akhirnye...mmg dapat la...smart dorm uh...cm bese..yg plg bnyk wat kjer...form 1 la..trima kasih d ats krjsame kalian..

Form 1..lau x silap ad yg pndah..dpt twrn...hmm..yg tinggl..zatie...
kelam kabut orgnyer...ske wat lawak..tp 1 yg aku respct..aty nyer sgt baik...farah pulak..sgt comel..lg2 sore dy...law ad masalh jer..msty crik ktowang..aku or daom..xpn thira...ad2 je..najwa...ske snyum...dy ad akk at mhd...dsbbkn ktowang pnggl akk nyer pucca...so,dy pon dpt gelarn pocco..mun...pndiam..tp dlm diam,ubi berisi...he4...iqlima pulak...plg tinggi at bilik uh..kwn rapat ngn dayah hisham..msg2 ad karekter msg2...sronok la lyn dak2 form 1...kte org...x knl,mka x cinta..kn2???

pas tu,form 2...hmm..
Ad 3 org...msg2 mmbwe prwatakn yg brbeza2...mieza..byk ckp...ad jer yg dy nk ckp..tp kmcing la ngn dy nyh...ha9..pastu...atien..ok gak...x bnyk krenah..wlaupn kdg2 mls nk wat duty...he3...lg sorang nyh..mmg pndiam...x byk yg ktowang taw psl dy...shinggalah 1 prstiwe yg mnyebbkn dy bersa sedih...masalh kluarge..sian tngok...kmi cbe mmbntu ap yg trdaye...juz smpai skarang aku mndoakn agar kau pndai mmbezakan ant yg baik dgn yg buruk...

Form 3 ngn form 5...cm bese la...form exam...sntiase ngn bku je la...form 3 tyme uh..huda,ain ngan hanis...x leyh bla law borak ngn dyorang...gelak je lbih..alhmdulillah...rsult dyorang mmbrangsangkn..form 5...kak fadh selaku exco ibadah ostel,kak samirah yg kuat mnyakat...kak nad & kak mai..semoge sentiase berada di bwah lmbyung rahmatNya...




Rsenyer...smpai d cni sajelah coretan Qai buat mse nyh...Saidah Juwairiyah in memories...love you all!!!sesungguhnya...kalian mngajar ku erti khidupan...

Wednesday 16 March 2011

:::ana,anta,anti....kawan baek saje! :::

Enta kan sahabat baik ana..."

Majdi angguk.

"Jangan tinggalkan ana ok?"

Majdi tersenyum.

****
Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.

Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.

Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.

Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah.

Hanzalah memerhati.

"Apa termenung bro?"

"Tak ada apa.."

Majdi jawab segan-segan.

" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."

Majdi mengangkat kening.

"Maksudnya?"

"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."

Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.

But she is still she. Still ustazah and not ustaz.

"Jom malam ni?"

"Ke mana?"

"Forum pembangunan Islam.."

Hanzalah tersenyum.

****
"Kenapa enta macam lain je?"

"Erm, tak ada apa. Ok je.."

"Ana tanya, jawab sepatah-sepatah je.."

"Tak ada apa Zainah. I'm ok je, dun worry :) "


****


"Saya pelik dengan remaja sekarang.. Terutama dengan yang Ustaz dan Ustazah.."

Ustaz Zahazan memulakan bicara forum.

"Mereka mengajak orang berbuat kebaikan.. tapi ada yang diorang sendiri tak buat.."

Semua khuyuk mendengar.

"Di neraka, nanti ada orang yang disiksa dengan amat teruk.. sehingga ahli neraka hairan dan bertanya kepadanya kenapa dia disiksa begitu. Malah mereka pelik, 'bukankah kamu dahulu mengajak kami ke arah kebaikan'?"

Sungguh, mereka adalah orang yang menyuruh berbuat kebaikan, tetapi tidak melakukan.."

Tenang Imam Muda Asyraf menasihati.

"Jadilah mujahid dan mujahidah Islam yang sebenar.."

Di satu sudut, air mata seorang muslimah sudah mengalir.

Zainah tertunduk.



****
"Orang call tak angkat.."

"Tak sengaja lah.."

"Dia tak sengaja tak apa, kita tak sengaja tak boleh.."

Majdi buat merajuk.

Zainah ketawa.

"Bukan selalu.."

"Ye lah. Wslm.."

"Majdi!!"

" :) "



****
Majdi menghempaskan badannya ke katil. Meletakkan tangannya di kepala.

Tersenyum.

"Nak message Zainah lah.."

Majdi bangun, ingin mengambil handphone di atas meja. Terpandang sahih Muslim yang diletakkan di tepi handphonenya.

Dia menyelak..

Telah berkata Hanzalah r.a : Aku bertemu Abu Bakar as-Siddiq lalu Abu Bakar bertanya

Abu Bakar : bagaimana kamu wahai Hanzalah?"

Jawab Hanzalah : Aku telah jatuh munafiq! :

Abu Bakar : Mahasuci Allah, apa yang kamu katakan ini?.

Jawab Hanzalah : Kita bersama rasulullah s.a.w mengingatkan kita berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami melihatnya di hadapan mata, namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami telah lupa banyak yang kami pelajari...

Maka berkata Abu Bakar : aku juga begitu. Lalu kami pergi bertemu RasuluLlah saw.

Setelah bertemu aku berkata : Hanzalah telah menjadi munafiq.

Lalu RasuluLlah saw bertanya : kenapa (kamu berkata) begitu ?.

Lalu aku menjelaskan : Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w mengingatkan kami tentang syurga dan neraka seolah kami melihatnya di hadapan kami namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami sesungguhnya telah lupa banyak dari yang dipelajari.

Lalu RasuluLlah saw bersabda : Jika sekiranya kamu ini kekal begitu (insaf dan takut semasa pengajaranku) dan sentiasa dalam zikir mu maka kamu akan bersalaman dengan para malaikat di tempat tidur mu dan di jalan-jalan kamu akan tetapi satu masa (untuk ibadat) dan satu masa (untuk melakukan perkara lain) - RasuluLlah saw mengulang 3 kali.

(Riwayat Muslim)

Majdi sebak. Ini Hanzalah, sahabat nabi. Sedangkan diri mereka yang hebat merasakan dirinya munafiq hanya kerana bermesra dengan anak dan isteri yang halal.

Aku?

Air matanya mula mengalir. Kali kedua selepas forum tadi.

Bukankah tadi kamu merasakan seakan sudah di tepian neraka Majdi? Apa guna tangisanmu?

Hanzalah masuk. Pelik memerhatikan sahabatnya yang sedang menangis.

"Kenapa ni Majdi?"

Majdi melangut.

"Hanzalah, aku amat berharap malaikat akan turun bersalaman denganku.
."


****
Hujan sudah reda. Lampu-lampu perang memancar perlahan menemani malam.

Zainah merenung luar tingkap, mengambil angin malam yang menyejukkan.

Hatinya benar-benar lembut sekarang. Terasa murah dengan tangisan. Forum sebentar tadi ibarat bayu yang menyampaikan salam. Salam hidayah ke hati.

Dia mahu menjadi pejuang Islam. Dan bukankah tanggungjwab sebagai seorang mujahidah itu amat besar? Sebesar pengorbanan.

Nekad.

"Salam, free x? Nak cakap sket.."

Inbox keluar. Zainah. Majdi tersenyum bersahaja.

"Wslm, yup. Silakan.."

"Ana tak tahu nak cakap macamna. Macam mana ya? Erm, perasan tak bila kita selalu message-message, kadang-kadang call.. Perasan tak sepatutnya semua tu berlaku? Hmm.. ana nak calon suami ana yang jaga muamalatnya. Tapi camna ana nak dapat mcm tu kalo ana pun x jaga muamalat? hmm.. banyak benda malam ni yang buat ana menyesal. Ana tak menyesal jadikan enta sahabat baik ana. Tapi kita yang tersilap langkah. 
Betul tada rasa antara kita. Ana dan enta tada perasaan antara satu sama lain. tapi itu bukan tiket untuk kita selalu message, gurau.. ana selalu cakap pada diri..

'majdi sahabat aku. 'Tada salah untuk berhubung dengan dia sebab kami bukannya ada rasa apa-apa'.

Tapi ana silap.. Ana nak jadi baik, sebab ana nak dapat suami yang baik. Ana nak enta jadi baik supaya enta dapat isteri yang baik. maybe pasni kita da tak yah message yang mengarut dah. Ana menyesal dengan semua yang ana lalui.. ana nak minta maaf pada enta, kalau-kalau selama ni ana wat enta terlalai or apa-apa la.. mohon Allah ampunkan ana.. Mohon Allah jaga kita.. doakan ana.. Syukran suma2.. ana nak berubah.."
Majdi diam. Menatap setiap huruf.

"Tak salah kan kalau ana reply?..."

Hujan kembali rintis di luar.

"Tak.."

Zainah menunggu.

"Maha suci Allah yang menjadikan malam ni untuk kita. Untuk ana, juga untuk enti. Allah benar-benar bantu bila kita mahu berubah kan? Sebelum ni enti pernah tanya, "Majdi, enta macam lain sikit je.." "Kenapa macam acuh tak acuh je dengan ana.." Sebab ana rasa apa yang enti rasa sekarang, Zainah. Tapi ana sayangkan enti sebagai seorang sahabat. Ana nak enti lupakan ana perlahan-lahan. Ana tak nak tinggalkan enti tiba-tiba. Ana tak nak enti menangis. Dan ana takut, seandainya satu hari nanti, ana akan rindukan dan amat rindukan enti. Ana juga benar-benar nak berubah. Sekarang, kita sama-sama berubah ya? Semoga Allah menjaga enti selalu. Semoga Allah menjaga hati kita sentiasa. teruskan menjadi wanita solehah ya.."

Tenang. Setenang hujan di luar.

"Allah.. terima kasih ya Allah.. Terima kasih juga Majdi.. Ana sebelum ni masih keliru. takut enta tinggalkan ana. benar-benar tak nak enta tinggalkan ana. Tapi kita punya tanggungjawab besar. bagaimana mahu menyeru pada kebaikan sedangkan kita bergelumang noda. Ana benar-benar mahu berubah. Moga Allah jaga ana, enta, dan sahabat semua. Terima kasih untuk semua-semua. Segala nasihat, dan perhatian enta, segala-galanya.. Wslm."

Majdi tersenyum. Walau syahdu.

Zainah menangis. Walau pedih.

Redha Allah lebih penting.

Bukankah sahabat yang baik itu membawa ke jalan menuju Allah?



****
Epilog:

Umar bin Abdul 'Aziz.

'Umar pernah jatuh cinta pada seorang gadis. Hanya Fathimah binti 'Abdul Malik, sang isteri bidadari hati yang belum mengizinkan 'Umar menikahi gadis itu.

Namun cinta itu tetap ada.

Kemudian hari itu datang menghampiri. Di puncak pengorbanan yang harus diberikan Umar. Untuk diri, rakyat, dan negerinya.

Walau dirinya sendiri tanpa rehat. Tanpa ruang sedikit walau untuk sekadar tertawa.

Saat Umar bertanya.

"Bagaimana keadaan kaum muslimin hari ini?"

Muzahim, si Perdana Menteri tersenyum.

"Semua kaum muslimin dalam keadaan sangat baik wahai Amirul Mukminin. Kecuali saya, anda, dan baghal anda ini.."

Ditumpukan segalanya hanya untuk perjuangan.

Fathimah amat merindukan senyum sang suami. Lalu dibawanya sang gadis yang dicintai 'Umar untuk dinikahi.

Gadis yang amat dicintainya, begitu juga sebaliknya pada sang gadis.

Nyala cinta itu kembali. Meronakan harapan. Mewarnakan hati yang sebelumnya lelah.

Namun, di sinilah cinta semasa dan cita besar perubahan bertemu dan bertarung. Di perlantaran hati sang khalifah.

Ajaib, 'Umar menikahkan gadis tersebut dengan pemuda lain.

Kata Ustaz Anis Matta. Tak ada cinta yang mati di sini.

Sebelum meninggalkan kediaman 'Umar, gadis itu bertanya sendu.

" 'Umar, dulu kau pernah sangat mncintaiku. Tapi kemanakah cinta itu sekarang?"

'Umar bergetar haru. Ada sesak di dadanya.

"Cinta itu tetap ada.."

"Bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam..."

(Dipetik dari buku Agar bidadari cemburu padamu- Salim A. Fillah)



****
Bukankah sahabat yang baik itu mengajak ke arah Syurga dan bersama menjauhi neraka?






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









...kisah sang teruna &sang gadis...


“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK -”


Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.



Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…


Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ‘simple’ saja. ” Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!.”
“Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk.
“Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!
“Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.


Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
“Esok free tak? Boleh kita chatting?”
“Boleh… Saya free saja.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ‘surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
“Ok.thank you…” balasnya pula.
Keesokannya. Aku menanti awal dia online.
‘untuk. untuk. untuk..’ Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya…


Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: …
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week…
Amin: … tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…
Wani: wah, rajinnya… baguslah!
Amin: hurm…
Amin: study macam mana?
Wani: ok saja… new sem ni berat sikit.. Jadual pack.
Amin: oic…
Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya lah… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan ?
Wani: so, statusnya kawan saja lah…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion saja lah – antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sebab……
Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber’couple2′ ini..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…





Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out



Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. 
Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
“Ya bang, Wani turun…”
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057′ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta...


nota Qis:Ermm...berubh itu payah sgt kn??Qis rase sedih tetbe plak...xtenang+hambar sejak kebelakangn ni...mungkin takdir menemukn Qis dgn artikel kisah telladan ni..(act,Qis copy dr stu bl0g..)ermm.arap semua yg terbace dpt ambil iktibar..xterkecuali diri Qis yg hina n e=class nie...sem0ga Allah memeaungi Qis n kekwn semua dgn berkatNya &rahmatNya...InsyaAllah..(^_^)

Monday 14 March 2011

sahabat sejati..(ms.Qistina_aQue)




Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi






walau siapa pon kau..
ingatlah bhwa aq bersahabat dgnmu 
keranaNya..

aq berharap janji yg dibina berkekalan hingga ke akhirnye...
sedar x kau..
kali pertama ungkapan sahabat yg diucapkan
buat aq rase terharu,,
lantas aq menyambut salam persahabtanmu..

m0ga ukhwah yg dibina..
dirahmati n diberkatiNya..
Ameen~~










ms.Qaisara:
kau umpama mutiara berkilauan yg ku jumpa di dasar lautan kegelapan..
terima kasih sahabat...m0ge sukses bersama..ameen~~

mr.mahdians & ms.mahadians:
m0ga ukhwah yg dibina berkekalan.

mr.president:
thnks a lot atas segala kebaikn yg diberikan..
harap kau dpt maafkn segala kesalahn aq 
dulu,kini, n selamanye,,
insyaAllah,,,
moge bertemu kembali dgn izinNya..

mr.exc0 & ms. exc0:
thnks a lot 4 the great hardw0rk..
h0pe to be the best am0ng the best..

ch0k's fake familY:
gumbira bertemu n melakar warna2 pelangi sepjg minggu spm..
harap dpt bertemu kembali 
n makn maggie bersama~~
dgr lagu bersamaa~~
nyanyi+melalak bersama~~~
berduyun ke dewAN makan bersama~~
t0nt0n movies bersama~~
STUdiE$ bersama~~~
all bersama2..
yg paling penting cter antu moks!!~~ha99...
ntah pape..

teams:
PE,tmg,gua,geng library,,geng2 bilik...
n all team2 pnz+hot+mesra alam+mesra+mesra+ha9+wakakkaka....
terima kasih kerana menjadi bahan ujikaji mataku 
sekaligus menjadikn nya pengalaman yg mendewasakan diri ini....
thnks alot..
sem0ge kejayaan menjadi milik bersama,,,,
ameen~~=p

Tuesday 8 March 2011

aKu ada kerana engKau pun ada...(ms. Qaisara Iman)




Persahabatan itu terbina di atas ranting kejujuran
Bertunjangkan kasih sayang
Lalu membuahkan kemanisan ikatan
Jika terpesong
Maka...
Patahlah ranting
Reputlah akar
Lalu...
Rosaklah buah
Teman sejati bukanlah dekat bicaranya
Tetapi...
Yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan doanya

Kejujuran...huh....teman , betapa bernilainya harga sebuah kejujuran dan kepercayaan...tidak mungkin akan aku perolehinya dgn mudah daripada insan sepertimu...detik-detik yg tlh ku lalui bnyak mngajar apa itu erti khidupan...aku ada kerana engkau pun ada....kuatkah aku tanpamu di sisi???wlupun kekuatan itu sbnrnya dtg drpd Allah S.W.T...namun aku tetap brsyukur di atas kurniaanNya....Dia mngutuskn seorg teman yg amt mmahami diriku....ketika aku gembira...kau mngingatkn aku kpd Yang Esa...dan ktika aku berduka ...kau jua mnghburkn aku dgn mngingatkan driku kpd Yang Esa...terima kasih,teman...

Masih segar di ingatan ku...walaupn telah bbrapa thun pristwa itu brlalu...namun ia masih mnjadi pmbkr smgt dan mmbuatkn driku lbih tabah mnghadapi tribulasi mehnah duniawi....ktika yg lain sdg bergmbira....aku ksedihan....kerana...apa yg aku idam2kn tdk dpt ku gapai...namun...apakan daya...sudah ketentuan Ilahi...Kau datang tanpa ku sangka...Alhamdulillah...sesungguhnya segala apa yg brlaku pasti ada hkmahnye...mulai saat itu baru aku mengerti hakikat teman sejati...

Kau titipkan semngat ke dalam diriku tanpa rase jmu...kau seorang yg sabar...mlayan kerenah temanmu yg seorang ini...syukran jazilan skali lg....smngat ku utk terus mngejar cita kmbali brkobar-kobar....dngnmu di sisi...juga brsama rakan2 sprjuangn yg lain....ingn ku abadikan nme kalian dlam coretan ini...fatihah , farhana , nadia , farah & lain2....trima kasih teman...kalian telah mnghmbuskn nafas bru dlm hidupku..ktika itu...aku merasakan...betapa bertuahnya aku mndapat teman seperti kalian...

Ada masa kita perlu menangis
Agar kita tahu
Dunia ini bukan hanya untuk ketawa
Ada masa kita perlu ketawa
Agar kita tahu
Betapa bernilainya setitis air mata
Ada masa kita perlu ada seorang teman
Agar kita tidak kesunyian
Dan...
Ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa
Betapa bernilainya seorang teman

Sekali lg aku diuji...kau pergi mningglkan aku....tiada gelak tawa...tiada usik-mengusik...tiada lagi perlian....dan...smkin sayup mutiara2 kata darimu..teman....kau pergi mneruskan prjuangan....aku redha....dan mndoakn semoga yg terbaik sentiasa bersamamu...ketahuilah teman....aku ada kerana engkau pun ada...

Rasulullah SAW pernah bersabda...
sahabat yg baik itu umpama penawar mnyak kasturi ,
 sama ada dia mmberimu minyak kasturi itu atau pun dirimu yang mmblinya,
dirimu tetap akan mndapat bau wanginya...
sedangkan seteru itu umpama peniup api ,
dia akn mmbakar pakaianmu atau pun dirimu hanya mndapat bau asap yg busuk daripadanya...



            Ternyata mnyak kasturi yg kau berikan...kau mmujuk hatiku ketika itu dgn brkata...”adakalanya hati kita mmerlukan seseorang untuk menemani kita walau hanya seketika...bukankah Allah S.W.T teman yg paling baik dan setia pada setiap masa???”...dgaanmu lbih mncbr...mningglkn kami teman2mu...dan jg mningglkn ’dia’...’dia’???he4....andai kau mmbce coretan ini....hnye satu ingin aku katekan....trima kasih,teman...mgkin akn ada yg mnjadi pnggantimu...namun mngertilah....kau tetap kau yg aku knl...